Friday, December 31, 2010


3) http://al-futhuhat.blogspot.com/2008/12/ibadah-korban.html

laman ini membincang berkenaan dengan soal jawab hukum serta maksud qurban yang dihuraikan beserta dengan dalil Al-Quran dan Hadis. laman web blog ini menggunakan bahasa Melayu dan mudah difahami.



2) http://pustakaalghazali.wordpress.com/category/qurban-dan-aqiqah/

Laman web ini membincangkan kelebihan Ibadah qurban mengikut undang-undang barat dan di dalam agama Islam itu sendiri serta kesihatan haiwan ternakan Qurban. laman ini menggunakan bahasa melayu.

1)

~LAMAN WEB ANALISIS QURBAN~

1) http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/qurbandanaqiqah.htm

laman web ini menggunakan bahasa Melayu. bahasanya mudah difahami. laman ini mengandungi tentang maksud qurban dan Aqiqah serta rukun-rukun qurban dan aqiqah dan hukum-hukumnya. akan tetapi ada konsep keterperincian itu tiada. laman ini sesuai untuk kita memahami konsep Qurban dan Aqiqah.

~STANDARD PEMIKIRAN INTELEKTUAL UNIVERSAL~

Antara criteria tersebut ialah kejelasan, ketepatan, keterperincian, releven, mendalam, keluasan, logik, signifikan, adil, hikmah dan ditambah dengan wibawa:

1 )Kejelasan
Kriteria kejelasan merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut dapat difahami dengan huraian atau penerangan yang jelas dan contoh-contoh yang dapat menerangkan penaakulan ‘bolehkah kita menerangkan dengan lebih lanjut?, bolehkah kita memberikan contoh-contoh yang memudahkan kita memehaninya.
2)
Ketepatan
Kriteria ketepatan pula merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut bebas daripada ralat. Penaakulan tersebut boleh ditentukan sama ada ia benar atau tidak. Soalan-soalannya termasuklah ‘bolehkah kita mengesahkan kebenarannya? Bagaimana kita boleh pastikan ia benar ?
3)
Keterperincian
Kriteria keterperincian merujuk sejauh mana penaakulan dijelaskan secara terperinci. Kriteria ini lahir hasil dari kesedaran bahawa kita memerlukan maklumat yang terperinci dan khusus untuk memudahkan kita memahami sesuatu
4)
Logik
Kriteria logik pula merujuk kepada sejauh mana penaakulan kita munasabah dan boleh diterima.
5)
Releven
Kriteria releven berkaitan dengan isu sejauh mana maklumat itu releven dengan isu yang ditangani,
6)
Mendalam
Kriteria mendalam ialah merujuk kepada kecukupan maklumat di mana merujuk sejauh mana kita telah mengambil kira semua kompleksiti yang berkaitan dengan isu yang di taakul. Soalan-soalan seperti apakah kesukaran atau masalah yang berkaitan dengan isu yang perlu dipertimbangkan, apakah antara komppleksiti yang perlu dipertimbangkan berkaitan dengan isu ini?
7)
Keluasan

Keluasan juga sama seperti kriteria mendalam iaitu berkaitan dengan kecukupan meklumat di mana merujuk kepada sejauh mana kita telah mengambil kira semua kompleksiti yang berkaitan dengan isu yang ditaakul.

8) Signifikan

Kriteria signifikan pula merujuk kepada sama ada penaakulan kita cukup luas merujuk kepada sejauh mana ita telah memikirkan isu tersebut dari pelbagai sudut pandangan atau dilihat dari beberapa cara yang berbeza.

9) Adil

Kriteria ini merujuk kepada sejauh mana kita bebas daripada kepentingan peribadi bias kepada sudut pandangan yang tertentu

10) Hikmah

Kriteria ini merujuk kepada sesuatu penulisan itu mempunyai hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Sesutau penulisan memenuhi Kriteria ini sudah semestinya mempunyai keterangan-keterangan berdasarkan ayat-ayat al-Quran, Hadis, kata-kata ulama dan sebagainya.